Protokol mel eletronik Protokol_Capaian_Perutusan_Internet

Protokol Capaian Perutusan Internet ("Internet Message Access Protocol-IMAP"), dahulunya dikenali Protokol Capaian Mel Internet ("Internet Mail Access Protocol"), Protokol Capaian Mel Saling Tindak Interactive Mail Access Protocol (RFC 1064), dan Protokol Capaian Mel Peralihan Interim Mail Access Protocol[2]) merupakan Protokol Internet Lapis Applikasi yang membenarkan pelanggan mel eletronik untuk mencapai mel elektronik pada pelayan mel asing. Versi terkini, IMAP versi 4 revisi 1 (IMAP4rev1), ditakrifkan oleh RFC 3501.

IMAP menyokong kedua-dua mod operasi dalam talian dan di luar talian. Pelanggan mel elektronik menggunakan IMAP biasanya meninggalkan perutusan pada pelayan sehingga pengguna memadamkannya dengan sengaja. Ini dan ciri lain operasi IMAP membenarkan ramai pelanggan mengendalikan kotak surat yang sama. Kebanyakan pelanggan mel elektronik menyokong IMAP sebagai tambahan kepada POP untuk mengambil perutusan; bagaimanapun, sedikit perkhidmatan mel elektronik menyokong IMAP.[3] IMAP menawarkan capaian kepada simpanan mel. Pelanggan boleh menyimpan salinan tempatan perutusan, tetapi ini dianggap sebagai cache sementara.

Pesanan e-mel yang diterima dihantar kepada pelayan e-mel yang menyimpan pesanan dalam peti e-mel penerima. Pengguna menerima pesanan ini dengan pelanggan e-mel yang menggunakan salah satu protokol dapatan semula e-mel. Biarpun ada pelanggan dan pelayan yang menggemari protokol hak milik yang khusus kepada vendor, namun kebanyakannya menggunakan protokol piawai Internet, iaitu SMTP untuk menghantar e-mel dan POP dan IMAP untuk menerima e-eml, maka membolehkan saling kendali dengan pelayan dan pelanggan lain. Contohnya, pelanggan Microsoft Outlook menggunakan protokol hak milik untuk berhubung dengan sebuah pelayan Microsoft Exchange Server; begitu juga dengan pelanggan Lotus Notes oleh IBM apabila berhubung dengan pelayan Domino, tetapi semua produk ini turut menyokong POP, IMAP, dan SMTP. Sokongan untuk protokol piawai Internet membolehkan banyak lagi klien e-mel seperti Pegasus Mail atau Mozilla Thunderbird untuk mencapai pelayan-pelayan ini, sekaligus membolehkan pelanggan digunakan dengan pelayan lain.